Sunday, May 10, 2009

WELCOME / SELAMAT DATANG

Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan momersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.


Koleksi dan Galeri

Muzium Auotomobil Nasional yang terletak di Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang dengan mempunyai keluasan ruang pameran 7,949 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu.

Ruang pameran tingkat bawah memaparkan segmen pengenalan Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Di sini koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.

Segmen seterusnya adalah Litar Antarabangsa Sepang dengan aktiviti-aktiviti tahunan dalam sukan permotoran seperti perlumbaan F1, Super GT International Series dan MotoGP, dan segmen kereta vintaj dan klasik yang pernah digunakan di negara ini.

Ruang pameran tingkat satu pula merupakan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum. Di sini pengunjung dapat mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termasuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Malaysia’s initial step into heavy industries especially in the production of commercial vehicles was the set up of heavy Industries Company (HICOM) in 1980 and subsequently Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), in 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) in 1993 and Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) in 1995. Over the years the automotive industry in Malaysia has expend.

Parallel to the development of Malaysia vehicles industries, a museum has been built. The National Automobile Museum displays locally made cars and motorcycles and imported cars that have been used in the country. The main objective the museum is to give information on the Malaysia developments in automotive industry and its achievement. The museum also shows various collections of vintage and classic cars which have its own history to tell. The museums hopes to inform, educate and entertain the public on the country’s history and achievement in the automotive industry.


Collection and Galleries

The National Automobile Museum which located at Welcome Centre International Sepang Circuit with exhibition floor plan approximately 7,949 square feet for ground level and 10,577 square feet for first floor.

The ground floor exhibition area exhibits the introduction segment of National Automobile Museum with the history of Malaysia’s transportations development and the early cars of Malaysia . Various collections of cars that been used in Malaysia such as The Brushmobile made in 1904, Ford Speedster in 1923 and Alvis Tourer 1935.

The next segment is the International Sepang Circuit with their yearly event in sports motoring activity such as F1 racing, The Super GT International Series race and MotoGP race.

The first floor exhibition area, exhibits the Malaysian automotive industry in genera. The visitors may know the Malaysia based company in contributing and develop the Malaysia automotive industry consisting DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS and PERODUA. Various collections of cars and motorcycles from the company exhibit here.


Alamat


MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL

LITAR ANTARABANGSA SEPANG

JALAN PEKELILING

64000 KLIA

SEPANG

SELANGOR DARUL EHSAN

Tel. :03-8787 4759 / 1499

Fax :03-8787 3732

Masa Lawatan


9.00 a.m - 6.00 p.m setiap hari


(Tutup pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha)

Bayaran Masuk


Percuma

Lokasi

Dari KLIA, Terminal LCCT dan Stesen Komuter Nilai.

Teksi bermeter.


Pegawai dihubungi


En. Mohd Sherman bin Sauffi

Emel


sherman@jmm.gov.my

Tempat Menarik


Sepang International Circuit
Kuala Lumpur International Airport
Sepang Goldcoast
LCCT
Sila Layari:
www.jmm.gov.my
www.sepangcircuit.com.my

Nota: Untuk gambar ruang pameran dan koleksi artifak sila ke Facebook taip Muzium Automobil Nasional

No comments:

Post a Comment