Sunday, May 10, 2009

Lawatan Staf Baru Jabatan Muzium Malaysia



Pada 8 Mei 2009, seramai 17 staf baru terdiri daripada Pembantu Muzium dan Kurator membuat lawatan ke Muzium Automobil Nasional bagi memberi pendedahan mengenai pameran dan aktiviti Muzium Automobil Nasional. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Penolong Kurator juga Ketua Muzium Automobil Nasional iaitu En. Mohd. Sherman bin Sauffi mengenai kerja kerja permuziuman serta latar belakang Muzium Automobil Nasional.



Seterusnya satu tayangan video mengenai Sejarah Permotoran Negara dimainkan untuk memberi maklumat aktiviti perindustrian permotoran negara dari zaman dahulu hingga terbinanya kereta nasional negara.





Selepas dari itu, staf baru memulakan lawatan ke galeri pameran di bahagian pameran kereta klasik dan vintaj. Seterusnya ke tingkat atas iaitu pameran kereta nasional dan motosikal modenas. Untuk makluman, Muzium Automobil Nasional dalam proses naiktaraf dari segi gaya persembahan dan pertambahan maklumat seiring dengan peredaran zaman serta peningkatan teknologi permotoran terkini.







Sebelum mengakhiri lawatan, staf jabatan juga berpeluang melihat secara dekat tempat duduk grandstand litar lumba sepang dengan taklimat oleh En. Syukry dari unit Perghubungan Awam SIC.


Nota: untuk gambar selebihnya sila ke Facebook taip Muzium Automobil Nasional

No comments:

Post a Comment